KEM ANAK SOLEH & SMART SOLAT EDISI KEDAH
Program kem cuti sekolah bulan MEI 2012 (3hari 2 malam)
"ke arah penerapan asas-asas awal pendidikan agama "
Tempat :
Hotel Terap Inn, Kuala Nerang, kedah
Tarikh :
26 ,27 dan 28 MEI 2012
Penyertaan :
7 TAHUN DAN KE ATAS (lelaki dan perempuan)
Harga :
RM 175.00 seorang atau RM 165 jika pendaftaran 3 orang berkumpulan
Pengisian modul :
Fardhu ain
: Menerapkan modul fardhu ain kepada peserta
Asas iman dan islam
: Mendedahkan mengenai rukun islam dan iman
Celik solat
: Menerapkan tentang cara solat yang betul dan kafiat solat
Anak soleh
: Menerapkan cara untuk menjadi anak soleh yang disukai oleh semua
Celik Al Quran
: Menerapkan konsep Al Quran dan kelebihanya dalam kehidupan
Hafazan :
Peserta akan di wajibkan menghafal surah-surah lazim
Celik As-sunnah
: Peserta akan di ajar supaya pentingnya mengamalkan sunnah dalam kehidupan seharian
Qiammullail :
Penerapan qiammullail kepada para peserta serta kelebihannya
Doa Harian
Penerapan tentang doa-doa harian yang perlu di amalkan
Celik sifir
: Cara membuat sifir dalam masa singkat
Keberanian
: Teknik supaya berani dalam pelbagai aspek seperti keterampilan,bercakap dan sebagainya
Kerohanian
: pelajar akan menghadiri satu slot tentang keinsafan merangkumi pelbagai aspek
Muhasabah
Memberi kesedaran tentang pentingnya suruhan agama dan mentaati ibu ayah
Bayaran temasuk :
Sijil Penyertaan @ Nota Kursus @ Alat Tulis @ Makan dan Minum (6 kali Sehari) @ Fesilitator @ Modul dan Aktiviti
Kelebihan yang ada di KEM KAMI :
BBQ # Celik sifir # Game minda # Fesilitator (bertauliah dan berpengalaman) # Tempat selesa (Hotel) # Tempat selamat (Security Guard)
Antara Aktiviti Menarik Yang Mesti DICUBA:
Flying Fox # Muhasabah Diri # Ekplorace Solat # Kembali Ke Pangkal Jalan # Pengakuan Jujur & Ikhlas
Nak Sertai CUMA:
TAIP Nama, Umur , Alamat DAN HANTARKAN KE
017 773 5484 (Maxis)
017 559 1720 , 019 4040 580 (Celcom)
ATAU HUBUNGI TERUS KE TALIAN 04 786 0639
ATAU EMAILKAN KEPADA KAMI : terapinn@yahoo.com
Sila lawati laman FB kami untuk melihat contoh aktiviti yang lepas (Disember 2011 - Seramai 120 peserta):
Kem Anak Solah & Smart Solat Siri 1 Disember
Kem Anak Soleh & Smart Solat Siri 2 Disember
Nak keterangan lebih lanjut Sila CLICK pautan di bawah :
BLOG KAMI :
FACEBOOK (EVENT)
PETA KE TEMPAT KAMI :
ANTARA GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI DAN
TUJUANNYA :
Pengakuan Jujur dan Ikhlas:
Setiap peserta akan di minta untuk membayangkan panas api itu ialah pembalasan yang akan diterima sekiranya melakukan kesalahan. Dengan itu mereka akan diminta menulis surat pengakuan jujur dan ikhlas yang akan diserahkan kepada ibu bapa pada hari bertemu ibu dan bapa
Kembali Ke Pangkal Jalan:
Setiap peserta akan ditutup mata dan dibiarkan berjalan di dalam gelap menggunakan tali ynag bercabang. Hanya satu cabang sahaja yang betul tetapi terdapat banyak cabang yang tidak betul. Setiap peserta perlu mencari jalan yang betul dan jika salah mereka perlu ke pangkal jalan untuk mendapatkan jalan yang betul. Aktiviti ini mengingatkan para peserta supaya setiap perbuatan dalam hidup mestilah mengikut cara yang betul (islam). Jika mereka tersilap mereka perlulah berundur(kembali ke pangkal jalan semula) supaya kembali kepada tuhan semula (bertaubat)
Muhasabah:
Setiap peserta akan diminta untuk memperingati tentang pengorbanan ibu dan bapa supaya mereka berubah dan dapat mentaati perintah allah dan berbuat baik kepada ibu bapa.
Flying Fox:
Setiap peserta akan diterapkan sifat berani mencuba. Ini kerana kebanyakkan mereka ini
malas untuk mencuba kerana mereka takut, tidak yakin pada diri sendiri dan mudah putus asa sedangkan perkara itu sebenarnya mudah. Aktivti ini mendedahkan mereka supaya berani untuk mencuba
Pembelajaran Menggunakan Tayangan Slide:
Setiap peserta akan belajar menggunakan tanyangan slide dan sistem audio serta pembelajaran menggunakan teknik terbaru supaya peserta tidak akan bosan
Hafazan:
Setiap peserta perlu menghafal surah-surah baru selain yang pernah dihafal supaya boleh dibaca semasa mengerjakan solat
Senaman Pagi:
Sebelum memulakan aktiviti pembelajaran setiap peserta perlu melakukan senaman pagi supaya otak dapat menerima setiapa pembelajaran dengan senang dan cepat kerana "akal yang baik lahir daripada badan yang sihat"
Permainan Minda:
Peserta akan didedahkan dengan permainan minda yang memerlukan daya pikir yang tinggi dalam menyelesaikan setiap tugasan yang diberi disamping melatih kerjasama yang erat dikalangan peserta
Praktikal:
Setiap peserta perlu melakukan setiap aktiviti praktikal untuk mempraktikkan setiap apa yang telah mereka pelajari semasa sesi slide. Peserta ini akan dipantau oleh fesi semasa aktiviti ini dijalankan.
Malam Persembahan:
Setiap Kumpulan perlu membuat satu persembahan pada malam yang terakhir untuk melatih mereka supaya berani untuk kehadapan dikhalayak ramai dan juga berani melakukan sesuatu tanggungjawab jika diberikan kepadanya selain mewujudkan kesefahaman di kalangan peserta
Explorace Solat:
Setiap kumpulan perlulah menjawab soalan berkenaan dangan solat yang telah mereka pelajari semasa sesi slide.
Solat Secara Berjemaah:
Setiap peserta diwajibkan untuk bersolat secara berjemaah . Selain itu, mereka juga di minta untuk bangun awal untuk melakukan solt tahajjud seawal 5 pagi
No comments:
Post a Comment