22 May 2012


g
KEM ANAK SOLEH & SMART SOLAT EDISI KEDAH 

Program kem cuti sekolah bulan MEI 2012 (3hari 2 malam)
"ke arah penerapan asas-asas awal pendidikan agama " 

Tempat 
Hotel Terap Inn, Kuala Nerang, kedah
Tarikh : 
26 ,27 dan 28 MEI 2012
Penyertaan :
7 TAHUN DAN KE ATAS (lelaki dan perempuan)
Harga :
 RM 175.00 seorang atau RM 165 jika pendaftaran 3 orang berkumpulan

 Pengisian modul :

Fardhu ain 
: Menerapkan modul fardhu ain kepada peserta
Asas iman dan islam
 : Mendedahkan mengenai rukun islam dan iman
Celik solat
 : Menerapkan tentang cara solat yang betul dan kafiat solat
Anak soleh 
: Menerapkan cara untuk menjadi anak soleh yang disukai oleh semua
Celik Al Quran
 : Menerapkan konsep Al Quran dan kelebihanya dalam kehidupan 
Hafazan :
 Peserta akan di wajibkan menghafal surah-surah lazim
Celik As-sunnah 
: Peserta akan di ajar supaya pentingnya mengamalkan sunnah dalam kehidupan seharian
Qiammullail :
 Penerapan qiammullail kepada para peserta serta kelebihannya
Doa Harian
  Penerapan tentang doa-doa harian yang perlu di amalkan
Celik sifir 
Cara membuat sifir dalam masa singkat
Keberanian
 : Teknik supaya berani dalam pelbagai aspek seperti keterampilan,bercakap dan sebagainya
Kerohanian
: pelajar akan menghadiri satu slot tentang keinsafan merangkumi pelbagai aspek
 Muhasabah 
Memberi kesedaran tentang pentingnya suruhan agama dan mentaati ibu ayah
Bayaran temasuk :

Sijil Penyertaan  @  Nota Kursus  @  Alat Tulis  @  Makan dan Minum (6 kali Sehari)  @  Fesilitator   @  Modul dan Aktiviti 

Kelebihan yang ada di KEM KAMI : 

BBQ  #  Celik sifir  #  Game minda  #  Fesilitator (bertauliah dan berpengalaman)  #  Tempat selesa (Hotel)  #  Tempat selamat (Security Guard) 

Antara Aktiviti Menarik Yang Mesti DICUBA: 

Flying Fox  #  Muhasabah Diri #  Ekplorace Solat # Kembali Ke Pangkal Jalan  #  Pengakuan Jujur & Ikhlas  

Nak Sertai CUMA: 

TAIP Nama, Umur , Alamat DAN HANTARKAN KE
017 773 5484  (Maxis)
017 559 1720 , 019 4040 580 (Celcom)
ATAU HUBUNGI TERUS KE TALIAN 04 786 0639
ATAU EMAILKAN KEPADA KAMI : terapinn@yahoo.com 

Sila lawati laman FB kami untuk melihat contoh aktiviti yang lepas (Disember 2011 - Seramai 120 peserta): 


Kem Anak Solah & Smart Solat Siri 1 Disember
Kem Anak Soleh & Smart Solat Siri 2 Disember

Nak keterangan lebih lanjut Sila CLICK pautan di bawah : 

 BLOG KAMI : 
FACEBOOK (EVENT)
PETA KE TEMPAT KAMI : 

ANTARA GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI DAN 
TUJUANNYA : 


Pengakuan Jujur dan Ikhlas:
Setiap peserta akan di minta untuk membayangkan panas api itu ialah pembalasan yang akan diterima sekiranya melakukan kesalahan. Dengan itu mereka akan diminta menulis surat pengakuan jujur dan ikhlas yang akan diserahkan kepada ibu bapa pada hari bertemu ibu dan bapa 

Kembali Ke Pangkal Jalan:
Setiap peserta akan ditutup mata dan dibiarkan berjalan di dalam gelap menggunakan tali ynag bercabang. Hanya satu cabang sahaja yang betul tetapi terdapat banyak cabang yang tidak betul. Setiap peserta perlu mencari jalan yang betul dan jika salah mereka perlu ke pangkal jalan untuk mendapatkan jalan yang betul. Aktiviti ini mengingatkan para peserta supaya setiap perbuatan dalam hidup mestilah mengikut cara yang betul (islam). Jika mereka tersilap mereka perlulah berundur(kembali ke pangkal jalan semula) supaya  kembali kepada tuhan semula (bertaubat)



Muhasabah:
Setiap peserta akan diminta untuk memperingati tentang pengorbanan ibu dan bapa supaya mereka berubah dan dapat mentaati perintah allah dan berbuat baik kepada ibu bapa.

Flying Fox:
Setiap peserta akan diterapkan sifat berani mencuba. Ini kerana kebanyakkan mereka ini
malas untuk mencuba kerana mereka takut, tidak yakin pada diri sendiri dan mudah putus asa sedangkan perkara itu sebenarnya mudah. Aktivti ini mendedahkan mereka supaya berani untuk mencuba 

 Pembelajaran Menggunakan Tayangan Slide:
Setiap peserta akan belajar menggunakan tanyangan slide dan sistem audio serta pembelajaran menggunakan teknik terbaru supaya peserta tidak akan bosan

 Hafazan:
Setiap peserta perlu menghafal surah-surah baru selain yang pernah dihafal supaya boleh dibaca semasa mengerjakan solat

Senaman Pagi:
Sebelum memulakan aktiviti pembelajaran setiap peserta perlu melakukan senaman pagi supaya otak dapat menerima setiapa pembelajaran dengan senang dan cepat kerana "akal yang baik lahir daripada badan yang sihat"
  
 Permainan Minda:
Peserta akan didedahkan dengan permainan minda yang memerlukan daya pikir yang tinggi dalam menyelesaikan setiap tugasan yang diberi disamping melatih kerjasama yang erat dikalangan peserta

 Praktikal:
Setiap peserta perlu melakukan setiap aktiviti praktikal untuk mempraktikkan setiap apa yang telah mereka pelajari semasa sesi slide. Peserta ini akan dipantau oleh fesi semasa aktiviti ini dijalankan.

 Malam Persembahan:
Setiap Kumpulan  perlu membuat satu persembahan pada malam yang terakhir untuk melatih mereka supaya berani untuk kehadapan dikhalayak ramai  dan juga berani melakukan sesuatu tanggungjawab jika diberikan kepadanya selain mewujudkan kesefahaman di kalangan peserta

Explorace Solat:
Setiap kumpulan perlulah menjawab soalan berkenaan dangan solat yang telah mereka pelajari semasa sesi slide.





Solat Secara Berjemaah:
Setiap peserta diwajibkan untuk bersolat secara berjemaah . Selain itu, mereka juga di minta untuk  bangun awal untuk melakukan  solt tahajjud seawal 5 pagi








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...